ADS
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib dapat kebenaran beri penghormatan terakhir pada Pak Lah
Diterbitkan:  Apr 15, 2025 10:50 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Bekas perdana menteri Najib Razak mendapat kebenaran untuk ke Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata kebenaran itu diberikan oleh Jabatan Penjara.

Kebenaran itu dimaklumkan kepada mahkamah ketika Najib sepatutnya hadir ke perbicaraan kes rasuah 1MDB terhadapnya.

Menurut laporan Free Malaysia Today, hakim Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan ke esok.

Najib tiba di Masjid Negara kira-kira pada pukul 10.30 pagi dan dikawal ketat.

ADS

Dia dibenarkan untuk menyapa anak Pak Lah, Kamaluddin untuk menyampaikan ucapan takziah.

Najib dilaporkan meninggalkan Masjid Negara 10 minit kemudian.

Najib merupakan timbalan perdana menteri kepada Pak lah pada 2004 hingga 2009.

Dia kemudian menggantikan Pak Lah sebagai perdana menteri, selepas Allahyarham berdepan tekanan hebat dari dalam Umno susulan pencapaian buruk BN dalam PRU 2008.

Pak Lah menghembuskan nafas terakhir malam tadi dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara hari ini.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS