ADS
story images
story images
mk-logo
Berita
Persiapan istiadat pengebumian negara Pak Lah berjalan lancar

Persiapan bagi Istiadat Pengebumian Negara Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara di Kuala Lumpur berjalan lancar.

Tinjauan Bernama di sekitar pekarangan masjid mendapati hampir semua persiapan telah diselesaikan, termasuk kerja-kerja penggalian liang lahad bagi persemadian jenazah Allahyarham.

Pengamal media daripada pelbagai agensi turut berkumpul seawal 7.30 pagi untuk membuat liputan Istiadat pengebumian bekas perdana menteri itu.

Pintu masuk utama ke Makam Pahlawan turut dikawal ketat oleh pasukan keselamatan sejak awal pagi bagi memastikan kelancaran upacara pengebumian.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dilihat mengadakan raptai mengusung masuk keranda jenazah Allahyarham Abdullah ke dalam masjid untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.

ADS

Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun. 

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS