Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Remaja AS dituduh bunuh ibu bapa, rancang ragut nyawa Trump
Diterbitkan:  Apr 13, 2025 7:38 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

GLOBAL | Seorang remaja di Amerika Syarikat (AS) disyaki membunuh ibu bapanya sebagai persediaan untuk melancarkan cubaan membunuh Presiden AS Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik saluran ABC.

Remaja dari Wisconsin itu didakwa membunuh ibu bapanya bagi memperoleh sumber kewangan dan kebebasan untuk melaksanakan rancangan membunuh Trump dan menggulingkan kerajaan AS, menurut laporan saluran tersebut.

Menurut maklumat yang diperoleh, Nikita Casap, 17, telah ditahan pada Mac lalu dan didakwa atas dua pertuduhan membunuh, menyembunyikan mayat serta beberapa pertuduhan lain.

Penyiasat percaya bahawa Casap mungkin juga terlibat dalam komplot terhadap Trump dan menggunakan senjata pemusnah besar-besaran.

Menurut laporan itu, bahan berkaitan Nazi ditemukan dalam telefon bimbit remaja berkenaan, selain dokumen yang dia didakwa menyeru percubaan pembunuhan ke atas Trump.

Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang percaya remaja itu mungkin mempunyai rakan sejenayah.

- Bernama-Sputnik/RIA Novosti


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS