Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM mahu projek 'sakit' dipantau agar siap dalam tempoh ditetapkan
Diterbitkan:  Apr 12, 2025 12:25 PM
Dikemaskini: 4:25 AM

Pelaksanaan semua projek termasuk yang berstatus ‘sakit’ perlu dipantau supaya ia dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan malah mencapai prestasi yang membanggakan, tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dia yang juga Menteri Kewangan menyatakan perkara itu ketika menghadiri mesyuarat khas pembangunan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Baharu hari ini.

“Saya singgung kepentingan memperhebat dan melicinkan lagi projek rakyat yang menjadi keutamaan, khususnya untuk impak pembangunan ekonomi dan kemajuan bersama-sama.

“Perbincangan terarah kepada faktor yang boleh dipertimbangkan dalam menyegerakan projek seperti rancangan tebatan banjir, supaya tidak membebankan rakyat sehingga melibatkan penambahan kos serta kerugian kewangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mesyuarat itu turut disertai Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud, ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri serta para pegawai kanan persekutuan dan negeri.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar juga berharap kepedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Kelantan terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya.

Selepas mesyuarat itu, perdana menteri menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Madani peringkat Kelantan di Pantai Irama, Bachok.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS