ADS
mk-logo
Berita
Anwar: Terengganu tak dianak tiri, kita bagi macam-macam

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan rakyat perlu didedahkan dengan fakta sebenar agar tidak terus terpedaya dengan dakwaan palsu pembangkang.

Menurutnya, walaupun kerajaan telah berulang kali menafikan dakwaan kononnya menganaktirikan negeri Terengganu dalam isu pemberian wang ihsan, pembangkang masih terus melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

"Jadi kesempatan ini, saya nak terangkan betul-betul... (mereka kata) Terengganu anak tiri... Terengganu (dapat) lebih tinggi daripada (zaman) PN memerintah.

"Masalah banjir di Pahang kita bantu, Kelantan kita bantu dengan kos tertinggi dengan masalah banjir, saya tak peduli dia negeri PAS.

"Tapi mereka hamun kita, kata kita zalim... kata kita tak bagi wang ihsan. (Sedangkan) Kita bagi macam-macam," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Pahang di Pantai Batu Hitam, dekat Kuantan, malam tadi.

ADS

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar; dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Kira-kira 30,000 penduduk dari sekitar Kuantan hadir memeriahkan majlis tersebut.

Dalam majlis sama, Anwar turut mengumumkan pelantikan Wan Rosdy sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bagi sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

"Jawatan ini tidak ada elaun... kita bagi dia kemudahan dngan bebas jelajah seluruh negara.

"(Wan Rosdy) tak pernah minta projek untuk dia. Dia bawa dalam mesyuarat Persekutuan, KSU (ketua setiausaha) ada semuanya, KSP (ketua setiausaha perbendaharaan)... itu untuk pastikan PM (perdana menteri), pemimpin kerajaan dengar keluhan rakyat Pahang dan cari jalan untuk selesaikan maaslah," jelasnya.

Dalam pada itu, Anwar turut menolak dakwaan kononnya kerajaan gagal menunaikan janji-janji yang dibuat.

"Mana ada negara selesaikan masalah semua sekali... kita cuba sedaya upaya kita.

"Ada orang kata kita janji tak tunaikan. Ramai penjawat awm hadir hari ini... 12 tahun tak kaji (skim gaji).

"Saya bertanggungjawab (dengan) Zahid (Ahmad Zahid Hamidi) tambah... tingkatkan gaji mereka, siapa kata kita tidak buat apa-apa?

"Tiap-tiap bulan kita dapat SARA (Sumbangan Asas Rahmah), STR (Skim Tunai Rahmah)... (skim) tunai rahmah cecah sembilan juta penerima... bagaimana kata tidak dapat apa-apa," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS