Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu lagu Negaraku: Pempengaruh politik akan dibebas dengan jaminan polis

Pempengaruh politik yang ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan lagu 'Negaraku' dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan di sebuah sekolah di Teluk Intan, akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata wanita berusia 40-an itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di pekarangan IPD Petaling Jaya, Selangor kira-kira 12 tengah hari semalam.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok untuk arahan dan tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, Bakri dilaporkan berkata hasil siasatan awal mendapati video tular itu dirakam pada 6 Jun 2024 semasa majlis pelancaran Kelab Tarian Naga di sekolah terbabit.

Lagu dinyanyikan kanak-kanak itu, katanya bukan lagu kebangsaan sebaliknya adalah lagu kebesaran negeri Perak.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS