ADS
mk-logo
Berita
Dakwa Negaraku dinyanyi dalam bahasa Cina, polis tahan Ratu Naga
Diterbitkan:  Apr 10, 2025 4:54 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Polis Perak menahan aktivis pro-PN, Syarul Ema Rena Abu Samah, yang lebih dikenali sebagai “Ratu Naga”, berhubung dakwaannya bahawa pelajar sebuah sekolah Cina di Perak telah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Cina.

Menurut peguamnya, Zaid Malek, Syarul Ema ditahan sekitar jam 12 tengah hari di Petaling Jaya.

“Penahanan dibuat di bawah Akta Hasutan yang berasal dari era penjajah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS