ADS
mk-logo
Berita
K'jaan terbuka cadangan pembaharuan lantikan ketua SPRM

Kerajaan terbuka kepada cadangan mengenai pembaharuan proses pelantikan bagi jawatan ketua pesuruhjaya SPRM, kata jurucakapnya Fahmi Fadzil.

"Kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima pandangan daripada pelbagai pihak untuk menambah baik mana-mana sama ada perundangan ataupun proses demi dalam usaha untuk membawa reformasi kepada institusi-institusi yang penting dalam negara kita,” katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi di Putrajaya, petang ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata kabinet tidak membincangkan perkara itu dalam mesyuarat hari ini.

Kabinet juga tidak membincangkan kemungkinan lanjutan untuk Ketua Pesuruhjaya SPRM semasa Azam Baki, yang tempoh perkhidmatannya dijadualkan berakhir pada Mei, tambah Fahmi.

Semalam, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4 Center) menggesa proses pelantikan ketua pesuruhjayabSPRM didesentralisasikan.

ADS

Ia menyatakan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah memberikan Azam dengan dua pelanjutan setahun walaupun Azam telah melepasi umur persaraan wajib.

Ini susulan laporan Bloomberg yang memetik sumber sebagai berkata bahawa Anwar dijangka melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam enam bulan lagi.

Free Malaysia Today memetik Anwar berkata belum ada keputusan lagi mengenai tempoh perkhidmatan Azam.

Menjelang pilihan raya umum lalu, Anwar dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain sering mengkritik Azam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS