Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis kesan individu baling 'molotov cocktail' di Ipoh
Diterbitkan:  Apr 9, 2025 3:44 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima lima laporan daripada seorang wanita warga tempatan berusia 62 tahun berkaitan kejadian itu, dibuat antara 26 Mac hingga Jumaat lepas.

"Siasatan awal mendapati pengadu telah menerima ugutan melalui nota ditinggalkan di pagar rumah untuk menjelaskan hutang, dan telah dibaling ‘bom api’ sebanyak lima kali.

“Pemeriksaan mendapati pagar, kawasan parkir, pintu hadapan dan dinding rumah itu terdapat kesan terbakar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Dasarathan di 012-5644484 atau ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Semalam polis mengesan video tular dimuat naik di Facebook Update info semasa #Update memaparkan suspek membaling bom api ke arah balkoni tingkat atas dan kaki lima rumah di Kampung Rapat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS