Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri hingga 4 petang
Diterbitkan:  Apr 9, 2025 2:53 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri sehingga 4 petang ini.

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 2 petang itu, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang).

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Ribut petir dan hujan lebat turut diramalkan di seluruh Melaka, manakala Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara itu, di Sarawak meliputi kawasan Miri (Telang Usan) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan, bahagian Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS