Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki ditahan bersama haiwan liar bernilai lebih RM91,000
Diterbitkan:  Apr 9, 2025 10:06 AM
Dikemaskini: 2:08 AM

Hasil risikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Jabatan Perhilitan Johor membawa kepada penahanan seorang lelaki dan rampasan pelbagai haiwan liar pada Isnin.

Dalam operasi itu, pasukan risik FRU dari Bukit Aman dan pegawai Perhilitan Johor menyerbu dua premis di Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru.

"Serbuan membawa kepada tangkapan seorang lelaki tempatan dan rampasan pelbagai haiwan liar yang dilindungi serta dilindungi sepenuhnya,” kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM menerusi Facebook hari ini.

Antara haiwan yang diselamatkan ialah burung Murai Batu, Daun Sayap Biru, Kelicap Kunyit dan dua ekor Pelanduk.

Pihak polis menganggarkan nilai haiwan hidupan liar yang dirampas berjumlah RM91,226.

“Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) Pindaan 2022," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS