ADS
mk-logo
Berita
Kebakaran Putra Heights: 39 mangsa msih dirawat, seorang di ICU

Sebanyak 39 orang daripada keseluruhan 150 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 17 mangsa dirawat di hospital kerajaan manakala 22 mangsa lagi di kemudahan kesihatan swasta, termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU) melibatkan seorang lelaki berusia 21 tahun.

“Mangsa yang dirawat di ICU hospital swasta melecur sebanyak 21 peratus pada tahap separa ketebalan dan ketebalan penuh di seluruh anggota badan, muka, leher dan belakang badan, dengan sindrom kegagalan fungsi pelbagai organ," menurut data harian yang dikeluarkan oleh KKM hari ini.

KKM memaklumkan terdapat 12 pesakit di Hospital Putrajaya, dua di Hospital Kuala Lumpur dan masing-masing seorang di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Ampang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Selain itu, aktiviti Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososial (MHPSS) turut dijalankan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia, selain di Hospital Putrajaya (HPj) dengan 112 individu menerima intervensi MHPSS.

ADS

Antara intervensi yang dilaksanakan adalah relaksasi, ekspresi seni dan kemahiran asas bantuan awal psikologi (PFA).

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS