ADS
mk-logo
Berita
Zafrul jumpa duta AS: Tepis dakwaan M'sia kenakan tarif 47%
Diterbitkan:  Apr 7, 2025 1:12 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelaskan kadar tarif sebenar yang dikenakan Malaysia ke atas eksport Amerika Syarikat hanyalah 5.6 peratus, bertentangan dengan dakwaan AS yang menyatakan kadar tarif mencecah 47 peratus.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Zafrul berkata dia telah bertemu dengan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan (gambar bawah), bagi mendapatkan penjelasan mengenai angka yang disebut oleh Presiden Donald Trump dalam pengumumannya baru-baru ini mengenai tarif.

Dia turut memaklumkan kementeriannya sedang menubuhkan satu pasukan khas untuk berunding dengan industri dan pengeksport berkaitan, sebagai sebahagian daripada usaha menanggapi “keputusan sepihak untuk mengenakan tarif” tersebut.

“Malaysia mahu terus menjadi rakan dagang yang boleh dipercayai kepada semua negara, termasuk rakan tradisi seperti Amerika Syarikat dan China,” katanya seperti dipetik media tempatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS