Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
China akan kenakan tarif tambahan 34% ke atas semua import AS

China akan mengenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) bermula 10 April, Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara mengumumkan pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.

Pengumuman itu susulan keputusan AS untuk mengenakan "tarif timbal balik" ke atas eksport China ke AS, satu langkah yang menurut suruhanjaya itu tidak mematuhi peraturan perdagangan antarabangsa, menjejaskan hak dan kepentingan sah China secara serius dan mewakili tindakan buli unilateral yang tipikal.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS