ADS
mk-logo
Berita
Tarif Trump: Malaysia tidak cadang kenakan tarif timbal balik - MITI
Diterbitkan:  Apr 3, 2025 12:45 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memandang serius mengenai kenaikan tarif 10 peratus dan tarif timbal balik yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport Malaysia ke negara itu.

Sehubungan itu, katanya ia sedang giat mengadakan libat urus dengan pihak berkuasa AS bagi mencari penyelesaian yang akan mendukung semangat perdagangan bebas dan adil.

MITI dalam kenyataan hari ini berkata tarif AS memberi kesan kepada banyak negara dengan potensi implikasi yang ketara terhadap perdagangan dan pertumbuhan global.

National Geoeconomic Command Centre (NGCC) yang diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini akan menilai kesan daripada pengumuman terbaru AS itu dan mempertimbangkan strategi komprehensif dan pelbagai serampang untuk mengurangkan kesan tarif ini ke atas ekonomi dan industri Malaysia.

ADS

NGCC yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala MITI berperanan sebagai sekretariat membariskan wakil peringkat tinggi daripada kementerian dan agensi utama.

Fokus utama NGCC adalah untuk memastikan ekonomi Malaysia kekal berdaya saing dalam situasi yang tidak menentu ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS