ADS
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kebakaran gas rosakkan 190 rumah, 148 kereta
Diterbitkan:  Apr 1, 2025 5:36 PM
Dikemaskini: 9:36 AM

Sebanyak 190 unit rumah rosak dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya setakat 3.40 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Razali Wan Ismail berkata tragedi berkenaan turut menyebabkan 148 kereta dan 11 motosikal rosak.

"Rumah dan kenderaan terbabit dikenal pasti mengalami pelbagai kerosakan akibat kebakaran dan haba panas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan secara menyeluruh sedang dijalankan.

ADS

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pada kejadian pagi tadi, api kebakaran dianggarkan menjulang lebih 100 kaki (30 meter) ke udara manakala suhu api mencecah 1,000 darjah Celsius.

Beliau berkata setakat 1.55 tengah hari, kebakaran semakin reda dan radius kebakaran juga telah berkurangan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS