ADS
mk-logo
Berita
Api makin reda - Bomba
Diterbitkan:  Apr 1, 2025 3:01 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya semakin reda setakat 1.55 petang ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata radius kebakaran juga berkurangan setakat waktu sama.

Beliau berkata pihaknya masih memantau di lokasi kejadian.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan memaklumkan bahawa setakat ini, seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu dan dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

ADS

Beliau berkata 49 lagi mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.

Mengulas mengenai dakwaan kejadian itu berpunca daripada kerja-kerja mengorek berdekatan saluran paip berkenaan, Nor Hisham berkata masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kebakaran.

"Saya rasa agak awal untuk kita beri kenyataan (berhubung punca kejadian) jadi siasatan akan kita laksanakan diketuai polis, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan agensi berkaitan.

"Apabila selesai siasatan, kita akan maklumkan punca kejadian. Buat masa ini benyak kenyataan daripada pelbagai pihak tapi kita tidak dapat buat pengesahan awal," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS