ADS
mk-logo
Berita
Tipu RM10 juta: Menteri tidak pernah lantik 'Tan Sri' jadi penasihat
Diterbitkan:  Mar 31, 2025 11:19 AM
Dikemaskini: 4:35 AM

Menteri Sumber Manusia Steven Sim tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai penasihat beliau.

Menjelaskan perkara berkenaan, Setiausaha Akhbarnya Abdul Hakim Ab Rahman berkata pihaknya mengambil maklum mengenai kenyataan yang mendakwa seorang individu ialah penasihat kepada Menteri Sumber Manusia.

“Sebarang persoalan tentang perjawatan dalam pejabat menteri atau Kementerian Sumber Manusia boleh ditujukan kepada saluran rasmi kementerian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penjelasan itu, susulan laporan sebuah portal yang mendakwa seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang dipercayai menipu wang orang ramai sebanyak RM10 juta ialah penasihat kepada Menteri Sumber Manusia.

Pada 29 Mac, dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan ahli perniagaan berpengalaman selama 30 tahun dalam industri minyak dan gas itu yang menipu wang dengan alasan untuk diserahkan kepada polis bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram.

ADS

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan satu sidang media berkaitan kes berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS