Seramai 1,002 orang terbunuh, 2,376 cedera dan 30 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat Sabtu, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu pada Jumaat, menurut pasukan penerangan berkenaan.
Laporan rasmi menyatakan bahawa gempa bumi itu menyebabkan kegagalan sistem bekalan elektrik. Rangkaian telekomunikasi juga tidak berfungsi dengan lancar dan beberapa kawasan di Yangon tidak mempunyai isyarat telefon bimbit.
Banyak bangunan mengalami kerosakan dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan.
- Bernama-Xinhua