ADS
mk-logo
Berita
Nadma dihantar bantu urus bencana di Myanmar
Diterbitkan:  Mar 29, 2025 10:49 AM
Dikemaskini: 2:52 AM

Malaysia akan menghantar dua pasukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Myanmar bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana susulan gempa bumi yang melanda tengah Myanmar, utara Thailand dan sebahagian selatan China.  

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa pasukan penilaian awal yang terdiri daripada 10 anggota NADMA akan berlepas ke Yangon hari ini bagi memberikan bantuan teknikal dan menjalankan penilaian keperluan di lokasi.  

Pasukan kedua melibatkan 40 anggota dijadualkan berlepas pada Ahad akan memberi tumpuan kepada kawasan keutamaan yang dikenal pasti dalam penilaian awal.

- Bernama  


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS