ADS
Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengembara kantoi seludup siamang, beruk dalam bagasi dari KL
Diterbitkan:  Mar 25, 2025 2:00 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Seorang warganegara India yang terbang dari Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru kerana menyeludup empat ekor bayi siamang dan dua ekor beruk ekor babi dalam bagasi kabinnya.  

Vinayagamoorthy Kotteswaran, 24, ditahan oleh pihak berkuasa setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, Bengaluru, menurut laporan The New Indian Express.  

Penduduk Chennai itu menaiki penerbangan Malaysian Airlines dari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Siasatan awal mendedahkan bahawa penyeludup diupah oleh dua orang warga Chennai yang menetap di Malaysia untuk membawa haiwan liar tersebut ke India dengan bayaran RM518.  

Sindiket kini mengelak menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai setelah kastam India mula menangkap bukan sahaja penyeludup tetapi juga penerima haiwan liar, berikutan rampasan serupa pada 7 Mac.  

ADS

Pada 7 Mac lalu, dua penumpang penerbangan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Anna, Chennai, India, selepas cuba menyeludup primat, musang pulut dan dua musang belang dalam beg pakaian dari Terminal 1 KLIA.  

Kejadian ini berlaku pada hari yang sama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad, membuat pemeriksaan di Terminal 2 KLIA berkenaan penguatkuasaan perdagangan hidupan liar, susulan beberapa siri serbuan oleh pihak berkuasa asing.  

Pada 13 Mac, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah menegur Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berikutan peningkatan kes penyeludupan hidupan liar dari negara ini. 

MAHB kemudian tampil menyatakan komitmen melalui langkah keselamatan yang lebih ketat dan kerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan.  


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS