ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kad raya tetap jadi pilihan Yang di-Pertuan Agong
Diterbitkan:  Mar 23, 2025 3:51 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Walaupun dengan kecanggihan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit untuk menyampaikan ucapan salam Aidilfitri, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim masih memilih cara tradisional menggunakan kad hari raya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani kad Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan Sultan Ibrahim.

Tradisi tahunan itu, kata hantaran berkenaan, amat dekat di hati Seri Paduka Baginda kerana ia mengimbau kembali zaman sebelum kemajuan teknologi komunikasi.

“Dahulu, tiada telefon bimbit, tiada SMS, WhatsApp dan sebagainya.

“Beginilah cara kita berhubung iaitu mengutus kad, menulis ucapan dan menurunkan tanda tangan,” titah baginda mengenang keindahan amalan silam yang penuh makna.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS