ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tetap sokong Anwar, Ismail Sabri nafi ada MP tukar fikiran
Diterbitkan:  Mar 23, 2025 3:04 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan yang dia memberi tetap memberi sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan mengetuuai dan kerajaan Madani.

Kenyataan itu sekali gus mengesahkan Ahli Parlimen Bera terbabit menafikan khabar angin bahawa dia bersama 13 ahli parlimen BN telah menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan.

“Sebenarnya cerita ini sudah lama dan pada peringkat awal saya tidak mahu layan kerana perkara tersebut tidak benar, tapi ia berterusan melalui tulisan dan video.

“Jadi akhirnya hari ini saya terpanggil untuk menjawab.

ADS

“Perkara ini tidak benar, kononnya sudah pun keluar, tapi sebenarnya tiada siapa keluar Umno atau BN sebaliknya kita kekal dalam kerajaan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Ismail Sabri yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan pihak tertentu yang berniat jahat menyebarkan fitnah terhadap 13 ahli parlimen lain khususunya dirinya.

Malah tambah bekas Naib Presiden Umno itu lagi, dakwaan berkenaan bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan antara pemimpin parti serta menimbulkan kesangsian sesama ahli parlimen BN.

Memegang rekod sebagai perdana menteri Malaysia yang paling singkat berkhidmat dengan tempoh 15 bulan, Ismail Sabri menegaskan, sokongan penuh ahli parlimen BN terhadap kerajaan terbukti melalui tindakan di parlimen termasuk undi percaya kepada perdana menteri.

ADS

“Apabila dibentangkan pada peringkat awal dulu, seluruh 30 ahli parlimen BN menyokong penuh usul yang dibawa dan setiap kali rang-rang undang dibawa, kita sokong sepenuhnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Zambry Kadir, turut menafikan dakwaan terdapat usaha untuk menjejaskan perpaduan dalam kalangan ahli parlimen parti itu.

Untuk rekod Ismail Sabri disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dana dikaitkan perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi program Keluarga Malaysia sepanjang dia menjadi perdana menteri antara Ogos 2021 hingga Nov 2022.

Kes itu disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 3 Mac, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan bahawa Ismail adalah suspek dalam siasatan itu berikutan penemuan kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16kg jongkong emas dalam peti besi semasa serbuan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS