ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Diterbitkan:  Mar 23, 2025 2:08 PM
Dikemaskini: 6:08 AM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 39 pegawai kanannya berkuat kuasa Jumaat lalu.

Setiausaha PDRM Kamaruzaman Abdullah dalam kenyataan memaklumkan pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Azry Akmar Ayob, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang.

Katanya kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur pula akan diisi oleh Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohamed Usuf Jan Mohamad.

“Ketua Penolong Pengarah E9 Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Aida Abdul Hamid pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman.

“Selain itu, Ketua Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Bukit Aman Mohd Hairuddin Che Hamid dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya.

ADS

Kamaruzaman berkata Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman DCP Azhar Sepawi dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Bukit Aman.

Pertukaran turut membabitkan Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohamad Zainal Abdullah yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Penolong Pengarah D14 Siasatan Jenayah Terancang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Abdul Latiff Mehat pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat DCP.

ADS

“Timbalan Pengarah (Kewangan/ Perolehan/Kepolisan Am) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman SAC Shamsul Amar Ramli dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya.

Selain itu, Penolong Pengarah E6A Cawangan Khas Bukit Aman Yusni Mohd Jamil dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS