ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Panel forum persoal sikap berdiam diri IPCC isu terkait polis
Diterbitkan:  Mar 21, 2025 7:45 PM
Dikemaskini: 11:45 AM

Seorang panel sebuah forum hari ini mempersoalkan sikap Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang berdiam diri berhubung isu penderaan yang melibatkan pegawai pasukan keselamatan terbabit.

Bercakap pada forum anjuran Badan Peguam Malaysia, Ramachelvam Manimuthu berkata IPCC itu tidak mendedahkan sebarang tindakkan yang mereka ambil sejak ia ditubuhkan.

“Kita tidak melihat sebarang laporan keluar. Kita tidak melihat mereka membuat sebarang pendirian mengenai pelbagai penderaan polis, pelbagai kematian dalam tahanan, kes tembakan dan kematian berpunca daripada tembakan polis atau tembak-menambak dengan polis," katanya.

Dia yang juga oengerusi bersama jawatankuasa Majlis Peguam bagi undang-undang sivil dan pembaharuan undang-undang berkata IPCC perlu melibatkan diri dengan orang ramai dan pertubuhan sivil untuk mengetengahkan kerjanya.

Forum mengenai IPCC dan akauntabiliti polis itu diadakan di bangunan Majlis Peguam Malaysia di Kuala Lumpur petang ini.

ADS

IPCC mula beroperasi sejak 1 Julai 2023 selepas ia dibentuk melalui Akta IPCC pada 2022.

Beberapa pihak telah mengkritik suruhanjaya terbabit sejak penubuhannya dengan Badan Peguam Malaysia menggelarnya sebagai “tiada taring” dan “tiada kuasa” untuk menegakkan akauntabiliti polis.

Sejak beberapa tahun lalu organisasi terbabit lantang bersuara mengenai penguatkuasaan akta tersebut dan berpendapat langkah yang patut diambil kerajaan ialah menubbuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan bukannya IPCC.

IPCMC mempunyai fungsi yang sama dengan IPCC kecuali ia dikendalikan oleh kumpulan bebas yang tidak terikat dengan pasukan polis.

Rang Undang-undang IPCMC pada mulanya dibentangkan pada 2018 tetapi digantikan dengan IPCC pada 2020 apabila PN menjadi kerajaan.

Seorang lagi panel forum, ketua ahli strategi hak asasi manusia di Pusat Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia Malaysia (MCCHR), Firdaus Husni, mempersoalkan hasrat kerajaan untuk mempertahankan akauntabiliti polis.

"Saya sebenarnya tidak nampak niat tulen (daripada kerajaan)," katanya.

Seorang lagi ahli panel, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Ragunath Kesavan, berkata matlamat sesuatu penubuhan badan berubah seiring dengan pihak mana yang menguasai kerajaan.

Dakwanya, pihak berkuasa biasanya menjadi alat politik untuk digunakan oleh kerajaan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS