ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kesatuan mahasiswa desak UM hapus Dasar Baki Sifar
Diterbitkan:  Mar 20, 2025 9:34 PM
Dikemaskini: 1:34 PM

Beberapa kesatuan pelajar Universiti Malaya hari ini menggesa universiti institusi pengajian tinggi terbabit segera membatalkan Dasar Baki Sifar di semua kampusnya yang dianggap menyukarkan banyak pihak

Presiden Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM), Abqari Annuar, berkata universiti berkenaan sepatutnya menawarkan bantuan kewangan untuk pelajar yang memerlukan bukan menyulitkan mereka.

“UM juga harus menangguhkan tarikh akhir pembayaran yuran dan membenarkan pelajar membuat bayaran mereka secara ansuran,” katanya dalam satu kenyataan.

Pendirian itu dinyatakan KMUM selepas beberapa kesatuan pelajar UM menyampaikan memorandum kepada naib canselor universiti terbabit hari ini.

Turut hadir Naib Presiden KMUM, Lim Jing Jet; Presiden Suara Siswa UM, Nicklaus Anak Lequesne; Naib Presiden Persatuan Belia Baru UM (Umany), Tang Yi Ze; dan Presiden Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, Idham Surni.

ADS

Dasar Baki Sifar ditetapkan UM memerlukan setiap mahasiswa membayar yuran masing-masing sepenuhnya sebelum mereka dibenarkan mendaftar untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di IPT berkenaan.

Langkah itu diambil UM bagi sesi akademik 2023/2024 sebelum ditangguhkan selepas mendapat tentangan daripada mahasiswa dan orang ramai.

Pada asalnya ia dirancang untuk dilaksanakan pada 2022.

ADS

Mengulas lanjur, Abqari menolak penjelasan UM untuk melaksanakan Dasar Baki Sifar itu sebagai langkah memastikan sumber kewangan IPT berkenaan terkawal.

Sebelum polisi itu diperkenalkan, katanya, mahasiswa dikehendaki menjelaskan bayaran sebelum dapat melihat keputusan peperiksaan akhir mereka dan meneruskan ke semester berikutnya.

"UM akhirnya tetap akan menerima yuran penuh," tegasnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS