ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan PN ada jawapan - Puad jawab Muhyiddin cuma PM yang gagal
Diterbitkan:  Mar 20, 2025 12:15 PM
Dikemaskini: 4:16 AM

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin adalah perdana menteri kelapan yang gagal, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Mengulas kenyataan Muhyiddin malam tadi yang mendakwa PN mempunyai penyelesaian kepada isu rakyat, Puad menegaskan bahawa semasa PN berkuasa mereka mengendalikan pandemik Covid-19 secara “separa masak”.

“Kemuncak gagalnya Muhyiddin ialah wujud Gerakan #Bendera Putih di merata tempat. Apakah Muhyiddin ada masalah ‘short memory’ (pemikiran singkat)?” soalnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Gerakan bendera putih secara organik mendapat momentum ketika rakyat dilanda kesukaran kewangan yang gawat akibat perintah kawalan pengerakan (PKP) di seluruh negra semasa penularan wabak Covid-19.

ADS

Kempen mengibarkan bendera putih itu sebagai isyarat memohon bantuan jika seseorang itu bergelut untuk mencari sesuap nasi.

“PKP separa masak telah menggandakan jumlah kematian dari 2,800 kepada 5,768 dalam tempoh 38 hari total lockdown (penutupan penuh) diumumkan.

“Indeks Pengendalian Covid-19 yang dikeluarkan Bloomberg meletakkan negara di tempat ke-3 paling corot antara 53 negara ekonomi utama,” katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata PN sedia menjadi kerajaan jika dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan “membetulkan keadaan”.

Dia optimis gabungan dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan dan SAPP itu bakal menjadi pilihan utama pengundi pada pilihan raya umum nanti dan mahu semua pihak dalam PN istiqamah dalam perjuangan.

Dia turut mengkritik cara kerajaan mengendalikan subsidi yang menurutnya memberi tekanan berganda kepada rakyat.

Pada 9 Mac lalu, Muhyiddin dilaporkan menggariskan tiga pelan tindakan bagi memastikan PN terus meraih lebih banyak sokongan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Puad berkata kebanggaan Muhyiddin terhadap moratorium pinjaman kerajaan PN dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa wabak itu juga ternyata meleset.

“Sedangkan itu idea (bekas perdana menteri) Najib (Razak) dan jadi syarat sokongan BN kepadanya.

“PAS menyindir syarat itu umpama syarat Puteri Gunung Ledang,” kata Puad.

Menurut legenda, puteri itu meletakkan tujuh psyarat kepada Sultan Melaka yang sukar dilaksanakan sebagai hantaran kepada perkahwinan mereka. Ini termasuk "jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka" dan "tujuh dulang yang penuh hati nyamuk dan kuman".

Tetapi, katanya, kerajaan PN membenarkan pengeluaran KWSP melalui skim i-Citra, yang dikatakan menjadi i-Marah (i-Marah) di kalangan rakyat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS