ADS
mk-logo
Berita
Pindaan Akta Finas bukan untuk tapis platform penstriman, kata menteri

Candangan pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)  tidak merangkumi penapisan platform penstriman, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata aspek penapisan filem bukan di bawah akta itu, tetapi dikendalikan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Katanya lagi, Akta Finas pula berhubung proses penerbitan filem, dengan cadangan pindaan dibuat untuk memastikan aspek undang-undang seiring dengan kemajuan industri.

“(Pindaan) tak sentuh aspek (penapisan platform penstriman),” katanya semasa sidang media di Putrajaya hari ini.

Dia juga berkata rang undang-undang itu dijadual untuk dibentangkan di Parlimen pada Jun atau selewat-lewatnya hujung tahun ini, selepas kabinet hari ini ecara prinsip bersetuju dengan pindaan yang dicadangkan.

ADS

Fahmi berkata pindaan tersebut akan memperkukuh peranan Finas dalam menguruskan sektor perfileman serta menambah baik perlindungan kepada pelakon dan kru produksi.

Rakyat Palestin di Malaysia

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata 15 rakyat Palestin yang akan ditempatkan semula di Malaysia selepas dibebaskan daripada tahanan Israel akan dipantau dengan ketat.

ADS

Dia menegaskan proses penempatan semula masih belum bermula, namun aspek seperti lokasi, pergerakan dan aktiviti mereka akan dikawal oleh agensi keselamatan tempatan.

Katanya lagi, 15 individu tersebut merupakan antara 380 rakyat Palestin yang dibebaskan menerusi perjanjian gencatan senjata tetapi tidak dibenarkan untuk kembali ke Palestin.

Menurut Fahmi, keputusan untuk membawa masuk mereka adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dengan Qatar dan Turki masing-masing bersetuju menerima 100 rakyat Palestin.

Semalam, Menteri Luar Mohamad Hasan berkata Malaysia bersedia menerima 15 rakyat Palestin tersebut.

[Baca berita asal]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS