ADS
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tentera Israel lancar serangan besar-besaran di Gaza

Tentera Israel pada Selasa mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

"Berpandukan arahan daripada pihak atasan, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) dan Shin Bet kini melancarkan serangan besar-besaran terhadap sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza," kata jurucakap tentera, Avichay Adraee dalam hantaran di platform X.

Media tempatan yang memetik perkhidmatan kecemasan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dalam serangan itu.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengarahkan tentera untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hamas di Gaza.

Israel mendakwa tindakan itu diambil susulan keengganan Hamas membebaskan tawanan serta penolakan terhadap semua cadangan yang dikemukakan oleh Wakil Khas Presiden AS Steve Witkoff dan para perantara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS