ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis siasat kakitangan sekolah kasari murid autistik
Diterbitkan:  Mar 16, 2025 6:00 AM
Dikemaskini: 10:00 PM

Polis membuka satu kertas siasatan berhubung seorang pembantu pengurusan murid mengasari seorang murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata pihaknya mengesan video dimuat naik dalam aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berumur tujuh tahun itu pada 3 petang tadi.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan di Petaling Jaya semalam.

Beliau berkata ibu kepada murid terbabit juga telah hadir memberi keterangan kepada polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan IPD Petaling Jaya melalui talian 03-79662222.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS