ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin gesa kertas putih, RCI siasat isu padi dan beras
Diterbitkan:  Mar 14, 2025 1:46 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

Kerajaan dicadang menyediakan satu Kertas Putih untuk industri padi dan beras negara.

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin berkata ia bagi memperhalusi pelbagai isu langsung dan tidak langsung yang mengganggu kelestarian industri tersebut.

“Isu dalam industri beras dan padi itu perlu diselesaikan secara menyeluruh melibatkan setiap rantaian ekosistem padi dan beras serta penglibatan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

“Dalam hal ini saya cadangkan kerajaan menyediakan satu Kertas Putih Industri Padi dan Beras bagi memperhalusi pelbagai isu langsung dan tidak langsung yang mengganggu kelestarian industri itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PM ketika tinjau penanaman padi di Kedah tahun lepas
ADS

Ahli Parlimen Pagoh juga berkata suruhanjaya siasatan diraja (RCI) juga perlu ditubuhkan untuk menyiasat elemen ketirisan serta jenayah perdagangan dalam industri padi dan beras.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membuat saranan terbabit bagi mencari penyelesaian membabitkan makanan ruji utama negara, termasuk dakwaan kegiatan mencampurkan beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI) yang dijual dengan harga lebih tinggi.

“Satu RCI juga wajar ditubuhkan untuk menyiasat elemen ketirisan serta jenayah perdagangan sehingga mencetuskan krisis serta keresahan dalam kalangan petani dan rakyat, katanya.

Menurut Muhyiddin, dia ada bertemu dengan wakil Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah) yang membangkitkan pelbagai isu.

Antaranya peningkatan kos input seperti benih, baja dan racun tidak berkualiti, kos perkhidmatan mesin dan jentera serta isu monopoli.

Mohamad Sabu, menteri yang bertanggungjawab

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata petani juga mahu harga lantai padi ditingkatkan kepada RM1,800 daripada RM1,300 per tan metrik yang baharu saja dinaikkan, bulan lalu.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1,300 bagi setiap tan metrik kepada RM1,500 berkuat kuasa 16 Februari.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, perkara itu mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian seperti baja seperti racun.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS