ADS
mk-logo
Berita
NUTP dakwa syarikat insurans naikkan kadar hingga 852 peratus
Diterbitkan:  Mar 13, 2025 6:37 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NTUP) mendakwa kadar insuran perubatan bagi NUTP meningkat dengan sesetengahnya naik sehingga 852 peratus dalam tempoh 12 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, kesatuan itu berkata ramai ahlinya mengambil insurans Perubatan NUTP, dikenali NUTP Takaful Healthcare memandangkan kumpulan insurans berkenaan lebih murah berbanding Insurans perubatan peribadi.

"Menurut aduan yang kami dapat, insurans ini telah bertukar tangan beberapa kali.

"Mereka yang melanggan insurans NUTP ini juga menghadapi kenaikan premium yang banyak dalam masa yang singkat. Ada kes yang naik 852 peratus dalam 12 tahun, ada yang mendapat kenaikan mendadak sebanyak 190 peratus daripada 2023-2024.

ADS

“Kami juga mendapat aduan daripada kes yang akan naik 28 peratus, bermula April 2025," kata NUTP sambil menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk campur tangan dalam perkara itu.

Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen PKR Sin-m Tze Tzin berkata beberapa wakil NUTP telah menghadiri perbicaraan awam yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai perkara itu di Parlimen untuk menyuarakan rasa terkilan mereka.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut mempersoalkan mengapa polisi insurans kumpulan seperti yang dilanggan oleh NUTP tidak termasuk dalam langkah interim yang diumumkan oleh BNM, di mana kenaikan premium dihadkan kepada 10 peratus sahaja.

“Kita amat harainlah kenapa perkara ini berlaku. Jadi, kita mahu langkah sementara ini diguna pakai kepada semua bagi memastikan keadilan dan keseimbangan dalam pasaran insurans,” katanya pada sidang media hari ini yang diadakan di Parlimen.

ADS

Turut hadir ialah Senator Amir Ghazali, Azam Hamzah dan Manolan Mohamad.

Sim turut menggesa BNM memperluaskan had kenaikan premium insurans kepada semua pemegang polisi.

“Ini guru-guru kita. Kebajikan mereka perlu dijaga dan harap kita sama-sama membina sistem insurans kesihatan yang lebih mampan untuk negara ini," katanya.

Pada Disember tahun lalu, BNM telah mengehadkan kenaikan premium kepada 10 peratus bagi majoriti pemegang polisi.

Menurut CodeBlue, bank pusat menyatakan bahawa pengendali insurans dan takaful (ITO) perlu menyebarkan perubahan kadar premium polisi insurans/takaful perubatan dan kesihatan yang berpunca daripada inflasi tuntutan perubatan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, bagi semua pemegang polisi yang terjejas akibat kenaikan premium tersebut.

Langkah ini akan berkuat kuasa sehingga akhir tahun 2026.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS