ADS
mk-logo
Berita
Pemuda GRS serang, Albert balas dengan ‘print screen’ derma RM5,000
Diterbitkan:  Mar 13, 2025 1:10 PM
Dikemaskini: 5:33 AM

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Fairuz Renddan mengkritik bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya kerana mempertahankan ahli perniagaan yang terpalit dakwaan eksploitasi pekerja asing.  

Bagaimanapun, ahli perniagaan tersebut—pemberi maklumat dalam skandal rasuah Sabah—membalas balik bahawa bahawa Fairuz juga pernah menerima wang daripadanya.

Dia yang dirujuk sebagai Albert" oleh Latheefa, berkongi tangkap layar skrin yang didakwa menunjukkan pemindahan "derma" RM5,000 ke akaun Public Bank milik Fairuz.  

Apabila dihubungi, Fairuz berkata dia tidak kenal dan tidak ingat sama ada pernah bertemu dengan Albert.

ADS

“Mungkin dulu-dulu kalau ada pun orang tegur jumpa kita, dalam politik itu biasa.

“Sumbangan juga kadang ada dari kawan-kawan, tetapi saya tidak ingat semua. 

“Bagi saya, dia serang-serang tanpa henti, jadi bila dia serang presiden saya tanpa henti saya kena jawablah,” katanya.

Sementara itu, Latheefa enggan melayan tuduhan yang dilontarkan Fairuz terhadapnya.  

ADS

"Saya tidak mahu membalas sebarang cubaan untuk mengalih perhatian daripada isu ini,” kata dalam pesanan teks kepada Malaysiakini.

Latheefa Koya

Katanya, isu sebenar tentang bagaimana bukti tidak diendahkan walaupun ada bukti prima facie berlakunya rasuah.

Skandal pemerdagangan manusia

Dalam kenyataannya semalam, Fairuz berkata tindakan Latheefa mempertahankan Albert–yang mendedahkan sembilan video dan mesej WhatsApp skandal rasuah Sabah–menimbulkan tanda tanya besar.

Dia memetik laporan khas Malaysiakini dan media Indonesia Tempo pada 2017 yang mendakwa ahli perniagaan 36 tahun itu terpalit dengan skandal eksploitasi buruh, pemerdagangan manusia, dan ugutan terhadap wartawan.

“Ribuan rakyat Indonesia menjadi mangsa, diperdaya dengan janji gaji lumayan tetapi akhirnya diperlakukan seperti hamba. 

“Mereka dikurung, dipaksa bekerja dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan, dan digaji jauh lebih rendah daripada yang dijanjikan. 

“Keadaan begitu buruk sehingga kerajaan Indonesia sendiri terpaksa campur tangan untuk membawa pulang rakyatnya” tambah Fairuz.  

ADS

Albert, yang didakwa bawah Akta Imigresen, bukan atas kesalahan pemerdagangan manusia, diberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) pada tahun 2019.  

Isu yang dibangkitkan oleh Fairuz menjadi tumpuan di media sosial sejak video skandal Sabah muncul pada November lalu.  

Fairuz juga mempersoalkan bagaimana Albert memperoleh DNAA.

“Persoalannya, adakah DNAA ini berlaku atas faktor undang-undang semata-mata, atau ada ‘kuasa luar biasa’ yang memastikan Albert tidak didakwa?” soalnya.

‘Kami takkan tunduk’

Fairuz berkata Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mengambil pendirian tegas dengan menolak "21 lesen perlombongan (penerokaan)" yang dikaitkan dengan Albert, yang dituduh sebagai sebahagian daripada kartel.  

“Ini bukan keputusan kecil, tetapi satu langkah berani untuk memastikan kepentingan rakyat Sabah didahulukan. 

“Kami tidak akan tunduk kepada individu yang mahu menggunakan kekayaan dan pengaruh mereka untuk menekan negeri ini,” kata Fairuz.

Hajiji Noor

Katanya, mereka juga  tidak akan berdiam diri melihat pihak luar cuba mempertahankan individu yang rekodnya sudah tercalar. 

“Sabah bukan tempat untuk perniagaan kotor dan kartel tamak yang mahu memonopoli sumber negeri. 

“Jika ada yang cuba menjadikan Sabah sebagai tempat perlindungan untuk mereka yang mempunyai sejarah hitam, mereka silap besar,” katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS