ADS
mk-logo
Berita
Faisal Halim kembali, tiada langsung pemain warisan baru
Diterbitkan:  Mar 13, 2025 12:22 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Pemain Selangor Faisal Halim kembali menyertai skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal di Johor, pada 25 Mac.

Ini penampilannya pertamanya selepas setahun berehat daripada skaud kebangsaan susulan menjadi mangsa serangan asid, yang pelakunya masih belum dikenal pasti sampai ke hari ini.

Daripada senarai 27 orang yang dipanggil, nampaknya ‘revolusi’ berbulan-bulan yang dicanang, antaranya dengan membawa masuk ramai pemain warisan gred A dan naturalisasi berkualiti belum menjadi kenyataan.

Tiada seorang pun pemain warisan baru dipanggil walaupun hujung Januari lalu ia dikatakan sudah berada di peringkat akhir.

Dua bulan lalu, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan enam hingga tujuh pemain warisan daripada selatan Eropah dikenal pasti untuk mewakili Malaysia.

ADS

Nama-nama itu setakat ini masih misteri.

Setakat ini beberapa pemain Eropah menafikan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, termasuk pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) Josh Brownhill dan Issac Hayden serta pemain liga Belanda–Iggy Houben dan Ferdy Druijf.

Dalam ‘revolusi’ baru ini, setakat ini hanya diumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Harimau Malaya Rob Friend, jurulatih Peter Cklamovski dan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Dr Craig Duncan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS