Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MCMC siasat Zamri kerana muat naik semula hantaran ofensif

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat hantaran dimuat naik semula oleh Zamri Vinoth selepas ia diturunkan oleh Facebook semalam.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata dia sudah mengarahkan agensi pengawal selia Internet negara itu untuk meneliti isu berkenaan dan akan bertindak berdasarkan dapatan mereka.

“Pihak MCMC belum lagi memaklumkan apa tindakan yang telah diambil susulan kepada (tindakan) individu tersebut memuat naik semula kandungan yang telah diturunkan.

“Sekiranya mereka (Meta) bersetuju bahawa kandungan itu melanggar undang-undang ataupun garis panduan komuniti bagi platform tersebut, maka kandungan beliau akan diturunkan.

“Jadi kita (kerajaan) akan susuli dengan tindakan berdasarkan hasil siasatan pihak MCMC,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur hari ini.

Dilaporkan bahawa catatan Facebook Zamri yang membandingkan pembawa kavadi semasa Thaipusam dengan individu yang dirasuk atau mabuk telah dikeluarkan daripada platform media sosial pada Ahad.

Bagaimanapun, dia dilaporkan memuat naik semula kandungan berkenaan di akaun Facebooknya sejurus selepas ia diturunkan.

Tindakan itu mendorong Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, menggesa pihak berkuasa menangkap Zamri.

[Baca laporan asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS