ADS
mk-logo
Berita
URA: Tiada pengusiran paksa kepada pemilik rumah, tanah, kata PMO
Diterbitkan:  Mar 10, 2025 6:15 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar yang akan dibawa ke Parlimen tidak memaksa mana-mana pemilik rumah atau tanah untuk diusir.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata undang-undang itu juga tidak akan mengubah peratusan pemilikan Bumiputera di sesuatu kawasan atau mengubah komposisi etnik di sesuatu lokasi.

"Justeru, tidak timbul isu Melayu Bumiputera dipinggirkan daripada arus kemajuan bandar kerana matlamat utama untuk memastikan peningkatan kualiti hidup masyarakat bandar sekali gus meningkatkan kualiti hidup masyarakat Melayu itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Penjelasan itu bagi menepis dakwaan sesetengah pihak yang masih memainkan isu Akta Pembaharuan Semula Bandar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS