Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan penguasaan dalam bola sepak tanah air apabila muncul juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut selepas menewaskan Perak FC 2-0 dalam perlawanan malam ini di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.
Bermain di laman sendiri, skuad Harimau Selatan tampil bertenaga sejak wisel permulaan dengan menguasai permainan dan memberikan tekanan kepada pasukan The Bos Gaurus itu.
Gol pertama JDT hadir pada masa kecederaan babak pertama menerusi jaringan kemas bintang import mereka, Jesé Rodríguez Ruiz.
Memasuki babak kedua, JDT terus mengekalkan penguasaan dan berjaya menggandakan jaringan pada minit ke 64 melalui sepakan penalti Jorge Obregón.
Kemenangan ini menyaksikan JDT terus mengekalkan rekod cemerlang dalam Liga Super sejak 2014.
