ADS
mk-logo
Berita
Lelaki ugut bunuh, rogol anak Harith Iskander dipenjara 5 bulan

Seorang lelaki dipenjara lima bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana mengugut bunuh dan rogol anak perempuan Harith Iskander.

Izzuddin Md Salim, 31, mengaku bersalah apabila pertuduhan ugutan jenayah dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret S Mageswary hari ini.

"Saya minta maaf," kata lelaki yang bekerja sebagai tukang rumah itu semasa di kandang tertuduh sambil Harith dan bekas isterinya Jezamine Lim melihat dari galeri awam.

Untuk redkod, anak Harith, Alessandra Jayne, berumur 12 tahun.

Mageswary memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan lagi jika gagal membayar denda, selain menjalani hukuman penjara lima bulan dari tarikh tangkapan pada 24 Jan.

ADS

Izzuddin mengaku melakukan kesalahan itu dengan menghantar mesej WhatsApp ke telefon bimbit Jezamine Lim pada 23 Jan kira-kira jam 8.50 pagi.

Ketika pertuduhan dan fakta kes dibacakan jurubahasa di mahkamah, tertuduh yang belum berkahwin mengakui mesej itu - mengandungi gambar anak perempuan Harith - dihantar kepada pengadu yang berada di sebuah restoran di Jalan Bunus 6, Kuala Lumpur.

Dia mengakui bahawa tindakannya itu menyamai ugutan jenayah terhadap Jezamine, 41.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda, atau sehingga tujuh tahun jika ugutan itu melibatkan ugutan bunuh.

Sementara itu semasa prosiding mahkamah terbuka, Izzuddin yang tidak diwakili peguam menyatakan permohonan maaf atas tindakannya itu.

Izzuddin: Saya hanya berniat untuk bermain dengan perasaan Harith sahaja. Saya minta maaf banyak-banyak, mohon kurangkan denda sebab ini pertama kali saya lakukan, saya janji tidak akan buat selama-lamanya.

Mageswary: Adakah anda faham kandungan mesej Whatsapp?

Izzuddin: Ya.

Mageswary: Anda sengaja menghantarnya?

Izzuddin: Saya tak berniat, hanya main perasaan.

Mageswary: Itu ke cara main-main kamu?

ADS

Izzuddin: Saya minta maaf.

Mageswary: Tapi kalau anak kamu sendiri macam mana?

Izzuddin: Akan rasa marah dan takut.

Ketika ditemui media selepas prosiding itu, Harith dan Jezamine ditanya sama ada mereka menerima permohonan maaf tertuduh atau tidak. Harith berkata permohonan maaf itu hanya dibuat kepada mahkamah.

Jezamine kemudian mula menangis dan Harith menenangkannya, sebelum meminta orang ramai memikirkan perasaan seorang ibu apabila anak perempuan mereka diancam.

Polis turut menyiasat Harith, 54, berhubung jenaka 'ham', dan telah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pihak berkuasa juga telah merakam kenyataan daripada seorang lagi suspek, seorang wanita berusia 64 tahun yang didakwa baru-baru ini meninggalkan komen kontroversi di akaun Facebook Harith.

Polis sedang menyiasat wanita itu atas dakwaan penghinaan terhadap nabi Muhammad.

Sebelum ini, pihak berkuasa merakam kenyataan Harith berhubung status catatan Facebook dan gambar yang menunjukkan minuman kopi RM5.50 yang dipanggil “ham sap kopi”.

Hantaran yang didakwa itu dibuat berikutan kontroversi mengenai status halal sandwic ham and cheese.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS