ADS
mk-logo
Berita
Lelaki ugut bunuh Harith Iskander, keluarga didakwa di mahkamah esok
Diterbitkan:  Jan 30, 2025 8:13 PM
Dikemaskini: 12:13 PM

Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular Harith Iskander dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain dipetik Bernama berkata suspek berusia 31 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok.

“Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Lelaki berkenaan difahamkan membuat dua ugutan ke atas pelawak dan pelakon berkenaan serta keluarganya masing-masing pada pada 21 Jan, serta 17 Jan.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Persembahan Harith Iskander di Dewan Filharmonik Petronas - baru-baru ini dibatalkan selepas keluarganya menerima ugutan bunuh.

Pelawak itu menimbulkan kontroversi selepas dia bergurau tentang "ham sap kopi", menyindir bahawa ia boleh menjejaskan kepercayaannya kerana mempunyai perkataan "ham".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS