Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PN jamu pengamal media bahasa Cina
Diterbitkan:  Jan 28, 2025 10:09 PM
Dikemaskini: 2:09 PM

Perikatan Nasional (PN) mengambil kesempatan musim Tahun Baru Cina untuk lebih memahami masyarakat Cina.

Timbalan Pengerusi PN Hamzah Zainudin mengadakan jamuan makan tengah hari bersama ketua dan pengarang kanan beberapa saluran berita bahasa Cina untuk mendengar pandangan mereka.

“Selain bertukar pandangan berkaitan pendirian, hala tuju serta aspirasi PN mahupun Bersatu, saya mendengar dengan teliti perkara-perkara yang mereka utarakan dengan terbuka kerana ia mencerminkan hasrat serta luahan rasa sebilangan besar masyarakat Cina berkaitan isu-isu semasa dalam negara merangkumi aspek ekonomi, politik dan sosial," kata Hamzah dalam catatan di Facebook.

Dia berkata antara yang hadir pada majlis makan tengah hari itu ialah Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee, Naib Presiden Gerakan Tan Lek Khang dan Ahli Exco Sayap Bersekutu Bersatu Goh Gaik Meng.

PN bukan satu-satunya entiti politik yang melakukan perkara ini kerana menjadi amalan biasa bagi menteri dan ahli politik untuk menjemput pengamal media berbahasa Cina untuk jamuan makan bagi menyambut Tahun Baru Cina.

Meski dianggotai Gerakan yang merupakan sebuah parti berbilang kaum, PN bergelut untuk meraih undi daripada bukan Melayu, khususnya kaum Cina.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS