Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes KJ: MCMC masuk sistem Mkini, ambil data artikel siasatan
Diterbitkan:  Jan 28, 2025 4:04 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan operasi "pemeliharaan data" berkaitan artikel Malaysiakini mengenai bekas menteri Khairy Jamaluddin.

Operasi ini berlangsung pagi tadi di ibu pejabat MCMC di Putrajaya, dengan kehadiran editor eksekutif Malaysiakini, RK Anand.

Semalam, Malaysiakini enggan memberikan nama pengguna dan kata laluan yang diperlukan polis untuk mengakses sistem pengurusan kandungan (backend-CMS) portal itu.

Portal tersebut dimaklumkan kegagalan mematuhi arahan itu akan dianggap sebagai satu kesalahan.

Selepas rundingan, pengambilan data dipersetujui dibuat di pejabat MCMC dengan kehadiran wakil Malaysiakini bagi memastikan tiada kompromi keselamatan berlaku.

Selain itu, polis turut merampas sebuah komputer riba daripada Malaysiakini semalam bagi membantu siasatan terhadap dakwaan Khairy mengenai isu titah adendum yang membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Menteri: Mkini cuma 'saksi'

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan Malaysiakini dianggap sebagai "saksi" dalam siasatan tersebut.

Namun, Anand menyuarakan rasa terkejut apabila polis merampas komputer riba daripada seorang "saksi" dan permintaan MCMC untuk mengakses portal melalui pintu belakang sistem.

“Artikel itu tersedia di laman web kami untuk dibaca sesiapa sahaja.

“Kami tidak menafikan menerbitkannya,” katanya.

“Dalam siasatan terdahulu, apabila laporan dibuat berdasarkan komen dalam artikel Malaysiakini, polis tidak pernah merampas komputer riba atau membuat permintaan lain selain mengambil kenyataan ringkas,” tambah Anand.

Dia menyoal jika siasatan ini bermaksud pada masa depan, setiap kali laporan polis dibuat berdasarkan komen dalam artikel berita, maka komputer wartawan akan dirampas.

“Jika begini keadaannya, dan memandangkan kekerapan laporan polis dibuat berdasarkan artikel Malaysiakini - yang secara automatik menjadikan kami saksi.

“Kami mungkin kehabisan komputer,” katanya.

Polis sedang menyiasat Khairy di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk hantaran jelik.

Ini susulan laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Suraya Yaacob, terhadap artikel Malaysiakini yang memetik kenyataan Khairy dalam podcastnya Keluar Sekejap.

Khairy isu titah adendum telah menyebabkan krisis kepercayaan dalam Umno.

Bekas ketua pemuda yang dipecat Umno itu juga mengaitkan Azalina dengan dakwaan menyorok titah addendum tersebut.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS