Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesai secara tertib
Diterbitkan:  Jan 27, 2025 9:45 PM
Dikemaskini: 1:45 PM

Presiden Indonesia Prabowo Subianto hari ini menyatakan keyakinannya terhadap Malaysia dalam menyelesaikan pelbagai isu sempadan dan tenaga kerja dengan Indonesia secara tertib.

Beliau berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.

“Hal-hal lain kita boleh selesaikan, masalah teknikal boleh diselesaikan. Apa yang penting ialah kita mempunyai iltizam politik dan strategik.

“Kita boleh selesaikan masalah sempadan, kita akan selesaikan masalah dua hala dan tenaga kerja jika sepakat untuk tertibkan,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media bersama tersebut diadakan di Menara Berkembar Petronas selepas Prabowo dan Anwar mengadakan pertemuan empat mata dan mesyuarat dua hala.

Prabowo berkata perkara tersebut turut disepakati bersama Anwar dalam pertemuan sebentar tadi.

Beliau berkata kerjasama antara Malaysia dan Indonesia adalah amat penting tatkala geopolitik dunia kini penuh dengan ketegangan dan ketidakpastian.

“Kerana itu pada pandangan saya, Malaysia dan Indonsia kita juga perlu tumpulan sinergi bersama rakan-rakan ASEAN kita. Hanya dengan kerjasama yang baik antara kita, suara kita akan lebih didengari,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS