mk-logo
Berita
Amaran ribut petir, hujan di 4 negeri dan Labuan
Diterbitkan:  Jan 27, 2025 11:35 AM
Dikemaskini: 3:35 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang) dan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat dan Mersing).

Amaran sama turut melibatkan Sabah iaitu Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

MetMalaysia mengeluarkan amaran itu berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang dijangka berlangsung lebih sejam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS