Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bayaran i-Sejahtera dipindah ke lebih 273,000 penerima Mac ini
Diterbitkan:  Jan 26, 2025 11:58 AM
Dikemaskini: 3:58 AM

Seramai 273,590 penerima program i-Sejahtera di Pulau Pinang akan menerima pembayaran secara pemindahan dana elektronik (EFT) bagi fasa pertama tahun ini mulai 12 Mac.

Pembayaran itu melibatkan perbelanjaan keseluruhan RM49.37 juta.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim, berkata ia merangkumi 205,042 penerima program penghargaan warga emas (PPWE), 10,298 program bantuan ibu tunggal (PBIT), 43,104 program suri emas (PSE) dan 15,146 penerima program bantuan orang kurang upaya (OKU)

“Permohonan yang dikemukakan selepas 10 Feb akan menerima bantuan pada fasa kedua dan rakyat boleh membuat pendaftaran program i-Sejahtera melalui laman web https://isejahtera.penang.gov.my.

“Pembayaran hanya akan dibuat kepada pemohon baru yang mendaftar sebelum 30 Jun setiap tahun,” katanya dalam kenyataan.

Dia berkata rakyat boleh menyemak status pembayaran mulai 20 Mac ini melalui laman web i-Sejahtera.

Katanya orang ramai turut digalakkan menghubungi pusat khidmat kerajaan perpaduan berdekatan mereka untuk maklumat lanjut mengenai semakan status pembayaran.

Lim turut meminta pemohon supaya mengemas kini maklumat akaun bank masing-masing bagi memastikan penerimaan bantuan berjalan lancar.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS