Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gesaan Mat Sabu letak jawatan: ‘Itu cuma pandangan Hanipa’

Gesaan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin supaya Presiden Amanah, Mohamad Sabu meletakkan jawatan sebagai menteri jika kerajaan terus menghalang himpunan antirasuah, esok disifatkan sebagai pandangan peribadi.  

Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof berkata bekas anggota parlimen Sepang itu boleh berkata apa sahaja namun ia bukanlah kenyataan rasmi.  

“Itu dia punya pandangan peribadi dan pandangan peribadi dia itu memang kita tak boleh anggap sebagai satu yang rasmilah. 

“Dan itu hak dia untuk berkata apa yang (dia mahu) dan kita bagi kebebasan (bersuara).  

“Dia nak suruh saya letak jawatan ke, presiden ke (letak jawatan), itu hak dialah,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pemuda Nasional Amanah 2024, di Klang, Selangor, hari ini.  

Mohamad Sabu

Hanipa sebelum ini dilapor meminta Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berundur sebagai menteri sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan antirasuah esok.  

Menurut Hanipa, seorang pengamal undang-undang, dia telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai peguam mewakili Mohamad yang pernah terlibat dalam banyak siri perhimpunan.  

Hanipa Maidin

Justeru katanya adalah wajar bagi Mohamad meletakkan jawatan sebagai menteri pertanian dan 

keterjaminan makanan sekiranya perhimpunan anjuran kumpulan mahasiswa dihalang.  

Terdahulu permintaan Hanipa turut dibidas Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, yang menyifatkannya sebagai taktik lama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS