Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP Pulau Pinang hidupkan semula biro hal ehwal masyarakat India

DAP Pulau Pinang telah menghidupkan semula Biro Hal Ehwal Masyarakat India dengan tujuan untuk mencari penyelesaian holistik dan berkesan terhadap cabaran yang dihadapi oleh masyarakat India di negeri itu.

Pengerusi biro tersebut, Ramkarpal Singh, berkata biro ini akan menjadi platform khusus bagi membolehkan masyarakat India menyuarakan isu-isu yang memberi kesan kepada mereka termasuk aspek kebajikan, pendidikan, pekerjaan dan pengangguran.

Beliau berkata Jawatankuasa DAP negeri pada mesyuarat November lepas telah bersetuju untuk menghidupkan semula biro tersebut yang telah tidak aktif sejak tahun 2009, bagi menangani isu-isu yang melibatkan masyarakat India.

Bercakap pada sidang media di Wisma DAP hari ini, Timbalan Pengerusi DAP negeri itu berkata beliau telah melantik 11 ahli untuk menyertai biro tersebut termasuk bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuri.

"Saya yakin ahli-ahli ini akan memainkan peranan penting dalam menjayakan matlamat biro dan mereka terdiri daripada orang muda serta individu berpengalaman dalam menangani isu-isu yang melibatkan masyarakat India dan golongan muda," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS