Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KATA MP l Sebelum seru nama saya di DUN Kedah, semak dulu fakta

KATA MP l Baru-baru ini, nama saya diseru di DUN Kedah. Saya dituduh sengaja memangsakan rakyat Kedah dengan tidak meluluskan permohonan projek pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di Kedah.

Tuduhan ini tidak beri gambaran yang penuh. Cerita sebenarnya adalah begini.

Kerajaan Kedah minta pinjaman dari kerajaan persekutuan untuk bangunkan Fasa 5 KHTP.

Kerajaan persekutuan melalui kementerian ekonomi sebenarnya telah pun meluluskan RM195 juta kepada kerajaan Kedah.

Masalahnya setelah diluluskan, projek masih belum boleh berjalan kerana tanah yang dikemukakan semasa permohonan pinjaman itu bermasalah dan pembelian tidak dapat diteruskan.

Kalau belum ada tanah, projek tidak dapat diteruskan. Memang syarat, mana-mana peruntukan kerajaan persekutuan ialah, hal pemilikan tanah perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum peruntukan diluluskan semula.

Kerajaan Kedah sekarang mendakwa mereka telah mengenal pasti tanah baru yang perlu dibeli dan menuntut supaya kementerian ekonomi meluluskan juga pelepasan peruntukan RM195 juta itu walaupun hal pemilikan tanah belum diselesaikan.

Kita ada banyak pengalaman yang projek diumumkan dahulu dan peruntukan telah disediakan tetapi projek itu tergendala kerana isu pemilikan tanah yang masih tertunggak. Sedangkan kerajaan persekutuan perlu meminjam wang untuk menyediakan RM195 juta itu dan membayar faedah pinjaman.

Kalau projek ini tergendala, rakyat Malaysia kena menanggung faedah pinjaman selama mana kerajaan Kedah tidak dapat menyiapkan projek itu.

Kita semua sedia maklum rekod pentadbiran kerajaan Kedah sekarang bila projek tak jadi, dia akan kata saya tukang baca saja ataupun itu projek swasta bukan projek saya.

Lain kali sebelum seru nama saya untuk kandungan TikTok, semaklah dulu keseluruhan fakta isu itu.


RAFIZI RAMLI menteri ekonomi.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS