Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Vivy, suami mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana Khazanah, PNB
Diterbitkan:  Jan 22, 2025 10:55 AM
Dikemaskini: 2:55 AM

Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.

Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

“Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata pasangan terbabit.

Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di Kuala Lumpur, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS