Cawangan kedai runcit KK Mart yang terpalit kontroversi kerana menjual sandwic ‘ham’ sebelum ini menjadi mangsa vandalisme apabila disimbah cat merah hari ini.
Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) berkata perbuatan khianat oleh pihak tidak dikenali itu disasarkan kepada pintu KK Mart di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan kontroversi jualan sandwic itu yang didakwa menggunakan logo halal tanpa kebenaran.
“Jika sebuah kedai rantaian terkenal seperti KK Mart boleh menjadi sasaran vandalisme di dalam kampus, adakah kawasan lain dan keselamatan setiap pelajar juga terancam?” kata presiden Umany Lim Jing Jet.
Sementara itu Lim menggesa pihak pentadbiran universiti menyiasat perkara itu dan bertindak mencegah kejadian serupa pada masa hadapan.
"Sekiranya ada sesiapa yang ingin membantah KK Mart, tindakan melampau ini bukanlah cara yang sesuai untuk menyatakan diri," katanya.
Lim berkata insiden itu menimbulkan persoalan mengenai keselamatan kampus dan menggesa pengurusan UM meningkatkan pengawasan dan rondaan di sekitar kawasan itu.
“Jika kedai serbaneka berantai seperti KK Mart boleh dirosakkan di dalam kampus, apakah ertinya untuk keselamatan kawasan lain dan pelajar sendiri?
"Pihak universiti harus mengambil langkah konkrit untuk meningkatkan keselamatan, termasuk meningkatkan pengawasan dan rondaan, dan bekerjasama rapat dengan kesatuan pelajar untuk mewujudkan persekitaran kampus yang lebih selamat," tambahnya.
Kontroversi mengenai jualan sandwic ham itu bermula pada 13 Jan lalu apabila Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh tampil mengecam kedai KK Mart di Universiti Malaya kerana menjual produk berkenaan.
Ini menyebabkan Universiti Malaya mengarahkan penutupan serta-merta dua cawangan KK Mart di kampus institusi pengajian tinggi berkenaan.
Syarikat Shake and Bake Cafe Sdn Bhd yang membekalkan sadwic kontroversi itu berkata bahan digunakan untuk produk berkenaan menggunakan ramuan yang mempunyai sijil halal.
Syarikat itu turut berkongsi salinan sijil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk produk didaftarkan atas nama “Chicken Sandwich/ Ayam Sandwic” dan “Emborg burgers slices coloured” bagi kelulusan halal dari Austria.
Bagaimanapun, syarikat itu sendiri tidak mempunyai sijil untuk meletakkan logo halal pada bungkusan sandwic berkenaan.
Sementara itu Lim menggesa pihak pentadbiran UM menyiasat perkara itu dan bertindak mencegah kejadian serupa pada masa hadapan.
"Sekiranya ada sesiapa yang ingin membantah KK Mart, tindakan melampau ini bukanlah cara yang sesuai," katanya.
Lim berkata insiden itu menimbulkan persoalan mengenai keselamatan kampus dan menggesa pengurusan UM meningkatkan pengawasan dan rondaan di sekitar kawasan itu.
"Pihak universiti harus mengambil langkah konkrit untuk meningkatkan keselamatan, termasuk meningkatkan pengawasan dan rondaan, dan bekerjasama rapat dengan persatuan pelajar untuk mewujudkan persekitaran kampus yang lebih selamat," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 12.50 tengah malam apabila pengadu dimaklumkan oleh pekerja kedai terdapat kesan cat berwarna merah di hadapan pintu kedai tersebut.
Menurutnya kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Ini bukan kali pertama KK Mart terpalit dengan kontroversi yang menyebabkan kedainya menjadi sasaran serangan.
Pada Mac tahun lalu, kedai KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor Perak dibaling bom petrol susulan penjualan stoking tertera kalimah 'Allah', di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.