Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Trump ampunkan 1,500 defendan serangan terhadap Capitol AS
Diterbitkan:  Jan 21, 2025 6:36 PM
Dikemaskini: 10:39 AM

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menandatangani perintah eksekutif untuk memberikan pengampunan kepada mereka yang didakwa atas serangan ke atas Capitol AS pada 6 Jan 2021, lapor Agensi Anadolu.  

"Saya percaya perintah ini akan memberi kesan kepada kira-kira 1,500 orang," kata Trump di Pejabat Oval.  

Trump mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua, menjanjikan perubahan besar dalam pentadbiran AS yang dijangka mencetuskan impak besar kepada masyarakat Amerika dan dunia.  

- Bernama-Aa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS